NADI – NURTURE : eKelas Maxis | Modul Tahun 6

15 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

14 Oktober 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas NADI – Nurture : eKelas Maxis | Modul Tahun 6. Kelas ini bermula pada jam 3.00 petang. Seramai 2 orang peserta sekolah rendah terlibat dalam kelas ini.

Program eKelas Maxis untuk sekolah rendah ialah program pembelajaran digital yang membantu murid Tahun 4, 5 dan 6 dalam mata pelajaran utama seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Melalui eKelas, murid boleh belajar secara interaktif dengan video, kuiz, latihan, dan juga kelas tuisyen dalam talian secara langsung. Program ini menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan kerana ada ganjaran, pertandingan dan aktiviti menarik yang mendorong murid terus berusaha. Ia juga membantu murid menambah ilmu di luar waktu sekolah dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali